Thursday, 19 May 2011

Kehadiran Pelajar Praktikal 2011



Ayu Tiram Agro Industries telah menerima 8 orang pelajar praktikal yang akan menjalankan latihan industri keusahawanan dibawah anjuran PUSMAL UM. Mereka semua akan menjalankan kerja-kerja operasi sehingga pentadbiran.Latihan industri mereka bermula pada 16 May 2011.


Mereka semua mempunyai ttempoh latihan yang berbeza. Oleh itu bentuk latihan yang akan dipraktikkan sesuai dengan tempoh yang ditetapkan. Disamping itu latihan tersebut syarikat akan memastikan lebih komprehensif untuk menjayakan latihan industri mereka.

Sunday, 10 April 2011

Anda Berminat Menjadi Usahawan Cendawan Segar ???

Tetapi proses mencari bahan mentah, mengadun, mengisi beg, mengukus serta menyuntik benih terlalu rumit, memakan masa serta mengikis modal permulaan!!

Kini anda boleh menjadi usahawan secara sambilan dan:-

-Kurangkan modal permulaan

-Jimatkan masa

-Terus bermula

-Tumpukan kepada kutipan hasil dan pemasaran

-Kurangkan tenaga pekerja

-Gunakan ruang dengan efisian




Sila hubungi kami untuk keterangan lanjut...

Dapatkan bongkah berkualiti terus dari kami pada harga yang pasti menguntungkan. Setiap bongkah cendawan dipastikan bersih dari penyakit dan perosak sebelum penghantaran.




Friday, 18 March 2011

Korporat Video Ayu Tiram Agro Industries


Ini adalah video rasmi Ayu Tiram Agro Industries yang telah ditayang di Universiti Malaya pada 13 Mac 2011 sempena program Gerak Usahawan UM. Program ini dijalankan bertujuan menggalakkan pelajar untuk menceburi bidang keusawahan yang semakin mendapat galakan dari kerajaan untuk pelajar bersama-sama mencipta peluang bersama dengan indsutri yang hadir di program tersebut.

Ayu Tiram Agro Kini Dihujung Jari



Ayu Tiram Agro Iindustries mula ditubuhkan pada tahun 2009. Sebelum ini dikenali sebagai Ayu Tiram Mushroom Trading.

Ayu Tiram Agro Industries kini sudah melangkah ke satu fasa baru. Mari bersama menjelajah ke dunia perniagaan cendawan tiram kelabu. Eksplorasikan minda dengan info-info terbaru dari kami dan terokailah konsep 'pertanian adalah suatu perniagaan'...dan sesungguhnya '9/10 dari punca rezeki adalah dari perniagaan.'